CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 29 Oktober 2009

SOLAT HAJAT EDISI PAS !

ASSALAMUALAIKUM...... SALAM 1 MALAYSIA,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambri kerana berjaya membentangkan bajet negeri Perak selaras dengan konsep 1 Malaysia ( rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan ). Walaupun saya bukan berasal dari negeri Perak namun bajet yang di nyatakan oleh MB telah menampakkan dimana setiap kaum diutamakan. Namun disebalik bajet rakyat diutamakan ini di Negeri Perak, ada juga segelintir Y.B yang dilantik oleh masyarakat untuk membela nasib mereka sengaja datang untuk membuat kecok semasa DUN bersidang. Namun apa yang mengecewakan saya adalah dimana golongan yang dikatakan ( pemegang Kunci Syurga ) ini telah mencemarkan maruah saya sebagai umat islam dengan cara sembahyang hajat di tengah-tengah jalan bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa merekalah yang paling alim, ulama dengan meminta petunjuk dengan cara solat hajat.





Wahai saudaraku seagama, ingatlah walaupun kita kuat berpolitik janganlah samapai masyarakat agama lain ketawakan kita kerana kita selalu memgunakan agama suci kita untuk berpolitik sehingga sanggup solat hajat di tengah jalan. Adakah saudaraku sekalian tahu DUN yang akan bersidang itu adalah suci demi membela masyarakat di perak bukannya melakukan perkara syirik atau maksiat sehingga memerlukan kita bersolat hajat.

Wahai saudaraku seagama, adakah kamu melihat ada mana-mana agama lain daripada golongan penyokong Pakatan Rakyat yang melakukan sembahyang mengikut agama mereka selain daripada kamu semua yang melakukan solat hajat? Mungkin tiada kan? sebabnya mereka amat menjaga maruah agama mereka supaya tidak diketawakan oleh pengganut agama lain.....

Ingatlah wahai saudaraku seagama, kalau kita tidak menjaga kesucian agama kita insyaallah suatu masa nanti agama kita akan dipermainkan oleh mereka yang beragama lain.
Marilah kita sama-sama bersatu demi agama, bangsa dan tanah air kita ini dan marilah kita sama-sama menjayakan konsep KERAJAAN PERPADUAN sebagaimana yang selalu dinyatakan..........

sekian

1 malaysia

Ahad, 18 Oktober 2009

SELAMAT MENYAMBUT DEEPAVALI



Dikesempatan yang ada ini sebagai rakyat Malaysia yang mendokong gagasan 1 Malaysia saya inggin mengucapkan selamat menyambut hari Deepavali khususnya kepada mayarakat India yang beragama Hindu. Semoga perayaan kali ini memberi seribu makna dalam kehidupan anda.....

1 siswa, 1 aspirasi, 1 malaysia

Ahad, 11 Oktober 2009

TAHNIAH TAN SRI MOHD ISA SAMAD




keputusan pilhan raya kecil Dun Bangan Pinang


ASSALAMUALAIKUM....... SALAM 1 SISWA 1 MALAYSIA

Keputusan dalam pilihan raya kecil di Dun Bangan Pinang hari ini telah menunjukkan perubahan besar terhadap dun tersebut dimana masyarakat di kawasan Bangan Pinang rata-rata telah menunjukkan sokongan padu terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional melalui pilihan raya hari ini. Apa yang ingin dinyatakan adalah bahawa "Gelombang Gagasan 1 Malaysia" telah menyerap didalam diri masyarakat Dun Bangan Pinang.

Dalam keputusan rasmi yang telah diumumkan sebentar tadi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi. Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.

Kebenangan itu junga sedikit sebanyak telah membuka mata masyarakat tentang apa yang dikatakan " mana satu intan dan mana satu permata ". Kerajaan Barisan Nasional telah menunjukkan kesungguhan didalam membela masyarakat dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk kesenangan rakyat tidak seperti pembangkang yang banyak menaburkan janji dan fitnah.

Semoga Gelombang Gagasan 1 malaysia ini terus meresap ke dalam diri masyarakat malaysia agar kita sama-sama menolak Pakatan Rakyat yang hanya pandai mencetuskan ketegangan dan apa yang selalu dilaungkan Demokrasi tidak pernah di hayati..........

sekian,
salam tahniah dari
1 siswa 1 malaysia

SAMBUTAN 1 SISWA, 1 MALAYSIA DI USM



ASSALAMUALAIKUM....... SALAM 1 SISWA, 1 MALAYSIA......

Minggu ini USM telah menjadi tuan rumah untuk acara sambutan 1 SISWA, 1 MALAYSIA di mana universiti-universiti di utara telah berkampung di usm selama tiga hari untuk sama-sama menjayakan program ini. Di kesempatan yang ada saya tidak terkecuali untuk turut sama memberi tanda sokongan dalam program ini. Apa yang ingin saya kongsikan adalah di mana penglibatan seluruh warga kampus dalam program ini dimana penglibatan semua kaum telah menjayakan program yang julung kali diadakan ini. Dalam program ini bangsa melayu, cina, india dan lain-lain lagi termasuk pelajar dari luar negara telah sama-sama membantu melancarkan perjalanan program ini dan inilah yang dikatakan 1 Malaysia. Apa yang menarik dalam program ini adalah di mana pelajar perempuan luar negara telah berjaya menyayikan lagu yang pernah di dendangkan oleh Allahyarham Puan Seri Saloma dengan tajuk Bila Larut Malam sehingga memukau pengunjung yang datang. Apa yang dapat disimpulkan disini adalah USM telah berjaya menjayakan program ini sehingga menampakkan kongsep asal yang diilham kan oleh Datuk Seri Najib untuk dihayati oleh mahasiswa dan mahasiswi dalam acara sambutan 1 SISWA 1 MALAYSIA......... SEKIAN

Jumaat, 9 Oktober 2009

HARAPAN UNTUK BARISAN NASIONAL BERSATU DEMI 1 MALAYSIA

UMNO


ASSALAMUALAIKUM....... SALAM SATU MALAYSIA,

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran saya terhadap ilahi kerana berada didalam sebuah negara yang aman dan makmur iaitu Malaysia. Saya berasa berbangga kerana menjadi salah seorang warganya terutama dibawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. Apa yang ingin saya berkongsi pada kali ini adalah berkaitan dengan harapan saya sebagai rakyat malaysia yang mendokong pemerintahan yang sedia ada dimana berharap agar Datuk Seri Najib dapat berusaha didalam meneguhkan lagi parti komponen Barisan Nasional dibawah beliau sepertimana digambarkan didalam gagasan 1 Malaysia.


Kalau kita amati kerisis politik selepas PRU-12 lepas banyak masalah yang timbul didalam parti komponen dimana kuasanya yang dibina sekian lama mula terhakis berikutan kebenangan banyak berpihak kepada Pakatan Rkyat, oleh itu pemimpin didalam Komponen saya amati telah melakukan banyak perubahan transformasi namun ada juga persengketaan yang wujud didalam memiliki kuasa didalam parti. Bagi saya kuasa yang ada adalah perkara no 2 perkara yang menjadi keutamaan adalah bagaimana mahu memikat kembali hati rakyat yang ada agar dapat menyokong pentadbiran Barisan Nasional? itu tajuk persoalan yang harus di trasformasikan bukannya perebutan atau persengketaan.


Namaun harapan saya yang seterusnya adalah agar selepas pada Perhimpunan Agong Khas UMNO yang bakal diadakan selasa depan dapat memikat hati masyarakat dengan perubahan yang diharapkan bersikap mesra rakyat memberi semangat baru atau suntikan baru kepada YB Datuk Seri Najib untuk memperkukuhkan Barisan Nasional ke arah mesra rakyat dan juga ke arah 1 Malaysia,





Selain daripada Perhimpunan Khas UMNO selasa depan, apa yang saya harapkan kerisis yang melanda MIC juga dapat diselesaikan dengan cara yang baik dimana tidak ada ketidakpuashatian mana-mana pihak. Sekiranya ada pihak yang tidak puas hati maka harapan rakyat untuk melihat Barisan Nasional bersatu dan kukuh hanya akan terkubur. Oleh itu AGM MCA yang bakal berlangsung esok akan membuat satu trasformasi yang baru didalam melahirkan ramai penyokon baru di dalam MCA itu sendiri.


Bagi saya harapan untuk MIC pula dengan pelancaran Parti Makkal Sakti yang akan dilancarkan oleh YB Datuk Seri Najib Sabtu ini akan memberi satu persaingat yang sihat didalam menambak hati masyarakat india ke dalam parti. Kewujudan parti baru ini dilihat sedikit sebanyak mampu menarik balik sokongan masyarakat india terhadap kerajaan setelah perpecahan berlaku dan masyarakat india dilihat banyak memberi sokongan kepada pihak pembangkang semasa PRU-12. Dengan adanya Makkal sakti ini, perpecahan yang berlaku didalam politik masyarakat india akan dapat diselesaikan dimana kita mahu seluruh masyarakat India memberi sokongan kepda kerajaan yang sedia ada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional...........

SEKIAN

HARAPAN ANAK MALAYSIA.......

1 MALAYSIA.......

Khamis, 1 Oktober 2009

MELAYU CEPAT LAYU APABILA DIPUJI??????? BETUL KE?......





KADANGKALA saya musykil kenapa orang Melayu mudah menjadi ‘cair’ apabila mendengar orang bukan Islam bercakap pasal Islam atau memuji Islam atau memetik satu dua ayat Quran untuk dijadikan hujah sandaran. Misalnya, ucapan beberapa pemimpin pembangkang bukan Islam yang memetik beberapa ayat suci al-Quran dan mahu mengambil pendekatan urus tadbir negeri mengikut cara pemerintahan Umar Abdul Aziz.Benar, dari satu segi nampak orang bukan Islam cenderung kepada Islam. Tetapi kita perlu ingat adakah mereka ini benar-benar mahu beriman atau percaya kepada al-Quran atau sekadar lakonan semata-mata untuk mengaburi mata orang Melayu Islam? Saya cukup yakin bahawa golongan ini sudah dapat membaca dan memahami psikologi orang Melayu. Mungkin orang Melayu boleh memberikan jawapan apakah mereka sebenarnya sudah memahami psikologi mereka?Orang Melayu mudah ‘cair’. Mereka biasanya mudah berasa terpesona dan terpegun bila ada orang lain yang memuji bangsa dan agama mereka. Justeru, mereka akan bermati-matian mempertahankannya tanpa menoleh ke belakang. Mereka akan mendabik berkata ‘tengok orang bukan Islam pun nakkan Islam, sedangkan orang Islam sendiri menolak Islam’.Lanjutan itu, mereka akan menjaja ke mana sahaja kata-kata ini, bahkan sanggup menolak rakan seagama yang sanggup menghulurkan tangan untuk berbaik-baik. Huluran tangan rakan seagama ini bukan sahaja ditolak mentah-mentah, tetapi dijawab dengan andaian-andaian negatif dan prejudis. Mereka rela bekerjasama dengan orang bukan Islam daripada orang Islam sendiri.Kita tidak pernah belajar atau mahu belajar dari sejarah, bila berhadapan dengan golongan seperti musang berbulu ayam ini.


Pengalaman telah banyak mengajar kita. Mereka ini tidak pernah bersetuju dengan Islam apatah lagi agenda untuk menegakkan negara Islam dan hukum Islam. Penolakan mereka selama ini amat jelas. Tidakkah kita pernah mendengar kata-kata “Langkah mayat aku dulu jika mahu menegakkan negara Islam”, " Malaysia mesti kekal menjadi negara sekular”, “Negara Malaysia bukan kepunyaan orang Melayu”, “Melayu adalah juga pendatang” dan berbagai-bagai kenyataan yang menyakitkan.Tidakkah orang Melayu sedar akan agenda mereka? Apakah kita tidak takut dengan ancaman golongan ini terhadap agama kita? Tidakkah kita terfikir bahawa parti ini amat baik dengan parti yang memerintah negara Singapura yang merupakan pecahannya? Bagaimana suatu hari nanti, mereka berpakat-pakat untuk melemahkan kita?Tidakkah kita mengambil pengajaran daripada tindak-tanduk Singapura hari ini yang amat mencurigakan. Cukuplah dengan kita telah kehilangan Pulau Batu Putih dan ruang udara kita sentiasa dicerobohi. Itu belum termasuk kolam takungan air di Johor yang dikawal rapi oleh tentera Singapura sehingga kita sendiripun tidak boleh masuk. Tidak ketinggalan, tanah-tanah negara kita yang telah tergadai ke tangan mereka. Pendek kata, Singapura tidak mahu sama sekali berkongsi dengan kita. Mereka amat ultra kiasu. Sesuatu yang menggugat kepentingan mereka akan ditentang habis-habisan seperti isu perjanjian air, merobohkan Tambak Johor dan menggantikannya dengan jambatan bengkok.Berbalik kepada isu parti pecahan yang memerintah Singapura hari ini, apakah benar-benar mereka ingin atau akan melaksanakan pemerintahan Umar Abdul Aziz apabila mereka berkuasa nanti? Adakah pemerintahan Umar Abdul Aziz benar-benar akan dilaksanakan? Bagaimana dengan nilai-nilai kehidupan beragama yang dilaksanakan oleh Umar Abdul Aziz? Pernahkah golongan ini mempamerkan nilai-nilai agama tersebut?Saya diserang dan dikecam habis-habisan oleh golongan ini, semata-mata kerana saya mempertahankan larangan berzina dan arak. Bagi mereka itu adalah hak asasi manusia. Bagi mereka hak asasi manusia mesti dipertahankan berbanding dengan hak Tuhan Yang Maha Esa. Adakah ini corak pemerintahan Umar Abdul Aziz?Kita jangan tertipu dengan golongan ini. Jika mereka benar-benar mahu laksanakan corak pemerintahan Umar Abdul Aziz, sudah lama parti ini akan melantik rakan sekutunya, yang dikatakan memperjuangkan Islam di salah sebuah negeri yang diperintahnya sebagai exco. Ini kerana, rakan sekutunya memang sudah terkenal dengan imej ‘bersihnya’ seperti kelihatan seolah-olah ‘Umar Abdul Aziz’! Tetapi di manakah kedudukan rakan sekutunya itu di negeri tersebut? Pada saya, mereka tidak pernah suka pada dasar Islam yang dibawa rakannya itu. Mereka amat prejudis sesama sendiri walaupun berada dalam satu pakatan. Bermakna, mereka juga prejudis terhadap Islam. Itu amat jelas sekali. Saya tidak perlu mengajar rakan sekutunya itu kerana sudah terang lagi bersuluh. Sikap biadab mereka berkaitan isu arak dan tuduhan mereka terhadap Jamaah Islah Malaysia sebagai pelampau agama sudah menunjukkan belang mereka yang sebenar. Banyak lagi contoh lain tentang kebiadabannya terhadap Islam.TerhakisUmar Abdul Aziz sentiasa memperkasakan identiti Islam di dalam pemerintahannya. Apakah identiti Islam dipelihara di negeri yang diperintah oleh golongan kiasu ini? Apa yang saya tahu identiti Melayu dan Islam semakin terhakis di negeri yang diperintahnya. Contoh kecil, nama-nama papan tanda, medan selera atau nama bangunan sudah langsung tidak mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.Saya tidak menyatakan kerajaan dahulu lebih baik? Tetapi jika kita benar-benar mahu mengikuti Umar Abdul Aziz, sudah tentu kita perlu tunjukkan yang kita lebih baik berbanding sebelumnya. Sebab Umar Abdul Aziz hebat integritinya, tetapi Umar tidak pernah mengenepikan identiti bangsa Arab Islam selaku penduduk asal. Bahasa al-Quran diperkasakan di mana-mana sahaja. Bagaimana pula dengan Malaysia sebagai sebagai sebuah negara yang berasal daripada Tanah Melayu? Adakah kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan terpelihara?.


Perlu dingatkan bahawa Umar Abdul Aziz tidak mementingkan kekayaan dan kemegahan dan memilih untuk hidup dalam kesederhanaan. Walaupun mendapat sokongan yang tidak berbelah bahagi rakyat, beliau menggalakkan rakyat supaya memilih khalifah yang baru sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan pemerintahannya. Umar juga membahagikan tanah jajahan Umayah kepada rakyat dan amat jarang menerima hadiah kerana takut dirasuah. Beliau juga mendesak kaum keluarganya supaya mendermakan barang kemas kepada perbendaharaan awam.Umar menolak sikap pemerintah yang selalu melantik pegawainya untuk mengawasi rakyat. Tetapi Umar melantik rakyat untuk mengawasi diri dan kelakuannya. Jika rakyat mendapati beliau melakukan kesalahan, Umar Abdul Aziz meminta dibimbing atau dihalang daripada melakukan kesalahan tersebut.Saya harap umat Islam tidak merasa ditipu dengan penonjolan pemerintahan Umar Abdul Aziz oleh golongan kiasu ini. Apakah kita masih belum mengenali isi hati dan hati budi mereka setelah 52 tahun merdeka? Adakah kita boleh bekerjasama dengan orang sebegini, bila mana mereka digalakkan memakai songkok ketika pembukaan Parlimen di hadapan sultan, golongan ini menolak mentah-mentah? Apatah lagi untuk memakai baju Melayu?Tidakkah kita sedar bahawa selama ini, golongan inilah yang paling kuat menentang Islam atau negara Islam. Lihatlah sejarah penentangan mereka terhadap hukum Islam dan perisytiharan negara Islam oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed suatu ketika dahulu. Perisytiharan negara Islam ketika itu hanya pada nama sahaja, bukan pelaksanaan hukum yang sebenar. Jika benar-benar hukum Islam dilaksanakan, bagaimanakah gelagat mereka agaknya? Persoalannya, adakah corak pemerintahan Umar Abdul Aziz tidak berasaskan Islam? Soalan-soalan ini hanya boleh dijawab oleh golongan kiasu ini?Rakan sekutu mereka dalam pakatan selalu berhujah, itu pandangan generasi lama atau generasi tua. Generasi baru tidak sebegitu pemikirannya. Setelah mengkaji parti kiasu ini sekian lama, saya tidak nampak ada perbezaan antara generasi baru dan lama. Sama sahaja. Jika perjuangannya adalah Malaysian Malaysia seperti mana yang diperjuangkan oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP), sampai bila-bila saya tidak akan percaya.Justeru, jangan perjudikan masa depan negara demi mencapai kepentingan masa kini. Apa berlaku pertembungan antara kepentingan masa depan dengan masa kini, maka kepentingan masa depan mesti diutamakan. Begitu juga dengan kepentingan masa depan dan kepentingan parti atau etnik, maka masa depan negara mesti diutamakan. Sama juga halnya apabila kepentingan agama bertembung dengan kepentingan bangsa, maka agama perlu didahulukan.BiarkanJangan biarkan diri kita dipermainkan atau diperkotak-katikkan. Jangan jadi hamba di bumi sendiri. Tetapi bangunlah, bangunlah mempertahankan yang hak tanpa menafikan hak orang lain. Jika tidak, satu hari nanti kita akan menyesal. Ketika itu saya bimbang sudah terlambat. Nasi sudah menjadi bubur. Sebelum ia berlaku, marilah kita merapatkan saf dan merenungkan kembali masa depan kita dan Islam.Janganlah gunakan nama Umar Abdul Aziz sekadar untuk memenangi hati orang Melayu yang mudah ‘cair’. Orang Melayu hari ini bukannya bodoh. Mereka sudah celik dengan taktik kotor ini. Kembalilah kepada fitrah. Sesungguhnya, hari kemenangan ini menjanjikan kepada kita, yang hak itu tetap hak dan batil itu tetap batil. Sempena Hari Raya Aidilfitri ini, kembalilah kita menghayati manusia fitrah yang bersih dari dosa dan noda dengan mengkaji kesucian agama Islam sendiri, sebelum ‘terlebih’ mempercayai orang lain. Saya bimbang kita akan tertipu dengan permainan silap mata ini. Akhirnya kita sendiri yang rugi.


Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin, sepanjang membaca tulisan saya di akhbar ini.


Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah,Pensyarah Kanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia(Mingguan Malaysia, 20 September 2009)

Ahad, 13 September 2009

SELAMAT HARI RAYA

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
BUAT SEMUA UMAT ISLAM SEMOGA LEBARAN KALI INI MEMBERI SERIBU MAKNA DI DALAM KEHIDUPAN KALIAN SEMUA...

Isnin, 6 Julai 2009

Edisi Saiful Bukhari : Ayuh pamerkan logo menyokong beliau di blog anda !!!



Iklan dan kempen ini hanya kepada mereka yang :
1- Yakin perbuatan liwat tidak dihalalkan oleh Islam
2- Perbuatan liwat tidak patut diamalkan oleh pemimpin beragama Islam
3- Mangsa mendakwa diliwat patut diberi sokongan
4- Perbicaraan liwat patut dipercepatkan terutama jika ia melibatkan orang yang menjadi Yang Berhormat ( seperti Anwar Ibrahim )
5-Ingin mengelakkan penularan budaya hidup songsang ini dari menjangkiti generasi Melayu kita
6- Tanda protes kepada mereka yang 'meliwat' demokrasi dengan permainan politik menjijikkan seperti menyokong membawa Chin Peng pulang !
Anda ada tambahan ? Sila isikan di komen di bawah... Oppss terlupa saya nak maklumkan bahawa hanya blogger yang dapat memberi komen dan jika anda bukan blogger bolehlah mendaftar dengan BPN untuk mendapat teknik blogging dan membina blog dengan PERCUMA asalkan anda berjanji akan menggunakan kemahiran ini untuk AGAMA BANGSA DAN TANAH AIR..
Logo ( sementara ) ini bolehlah kita pamerkan di blog masing masing sebagai tanda sokongan menyeluruh kepada Saiful Bukhari Azlan.



AMARAN :..............!!!!!!!!!!!!!!!

1) PASTIKAN ANDA TIDAK MEMBAWA SENJATA BERBAHAYA KETIKA MENGHADIRI PERBICARAAN SAIFUL KERANA DIKHUATIRI BOLEH MELANGGAR UNDANG UNDANG NEGARA KITA.
2) CUKUP LAMBAIAN IKHLAS ANDA UNTUK MEMBERI SEMANGAT KEPADA SAUDARA SAIFUL BUKHARI DAN SEBAGAI SIMBOLIK PERPADUAN KITA MENOLAK PEMIMPIN DIKAIT DENGAN SALAHLAKU MORAL
3) PASTIKAN TIDAK ADA PROVOKASI PIHAK LAWAN TERCETUS SEMASA PERHIMPUNAN MENYOKONG SAIFUL TERSEBUT AGAR TIDAK ADA ALASAN KEPADA ANWAR IBRAHIM UNTUK MENOLAK MENGHADIRI SIDANG PERBICARAAN.
SEKIAN.. TERIMA KASIH

Sabtu, 13 Jun 2009

APAKAH AGENDA SETERUSNYA DATUK???



ASSALAMUALAIKUM...... SALAM SEMANGAT ZAMAN


Hari ini, berita yang boleh membanggakan PKR adalah dengan kemasukan Zahid Ibrahim kedalam parti itu. Mungkin bagi sesetengah, orang kemasukan Zahid ini adalah disebabkan beliau kecewa dengan UMNO, disebabkan itu beliau telah meninggalkan parti dan masuk ke dalam PKR. Sebelum kita cuba membuat andaian tentang Zahid, cuba kita lihat tentang bentuk tindakan disiplin yang telah di kenakan oleh UMNO terhadap Zahid pada satu ketika dahulu, berikutan masalah politik wang. Mengikut apa yang di petik didalam malaysiakini, Zaid berkata, "beliau menyertai PKR kerana yakin dengan parti pelbagai kaum itu yang mahu membela nasib rakyat". betul atau tidak dengan apa yang di perkatakan oleh Zahid kenapa beliau memasuki PKR. Bagi PKR mereka ini suka mengambil orang buangan di dalam UMNO untuk berkhidmat di dalam PKR, adakah PKR kekurangan orang yang boleh diharapkan. Selain daripada itu mengapa Zahid telah di berikan jawatan tinggi di dalam PKR? adakah Anuar telah membeli Zahid dengan jawatan yang tinggi di dalam PKR sekiranya Zahid menyertai parti itu dan apa pula yang bakal Zahid ceritakan tentang keburukan UMNO semasa beliau bersama parti itu????? MARILAH KITA SAMA-SAMA BERFIKIR

Khamis, 11 Jun 2009

SEDARLAH WAHAI MELAYU KU......


ASSALAMUALAIKUM...... SALAM SEMANGAT ZAMAN


Berita malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/106185 telah memaparkan bagaimana MCA takut akan kerajaan perpaduan yang di harapkan oleh Tuan Guru Haji Hadi (PAS) dengan UMNO. bagi kita bangsa melayu hal ini adalah pertunjuk awal agar bangsa melayu dapat bersatu demi agama, bangsa dan negara yang tercinta ini. Bagi kita masyarakat melayu pergabungan ini lah yang di tungu-tungukan kerana apa bila bangsa kita bersatu maka perpaduan dapat dieratkan. Memetik apa yang di perkatakan oleh jurucakap MCA, Lee Wei Kiat bahawa "hak-hak orang bukan Melayu mungkin terpinggir."Oleh itu, MCA menentang sekeras-kerasnya sebarang cadangan dari PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno," katanya dalam satu kenyataan. Bagi aku mereka ini tidak perlu risau kerana PAS dan UMNO pernah bersatu pada satu masa dahulu dan golongan bukan melayu tidak di anaktirikan oleh pemimpin melayu. Maka dengan ini mereka tidak perlu risau sepatutnya mereka gembira kerana didalam politik jurang diantara pembangkang dan pihak kerajaan dapat dikurangkan maka dengan ini pemerintahan kerajaan yang sedia ada dapat di lancarkan corak pemerintahan demi mewujudkan semangat 1malaysia......