CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Khamis, 11 Jun 2009

SEDARLAH WAHAI MELAYU KU......


ASSALAMUALAIKUM...... SALAM SEMANGAT ZAMAN


Berita malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/106185 telah memaparkan bagaimana MCA takut akan kerajaan perpaduan yang di harapkan oleh Tuan Guru Haji Hadi (PAS) dengan UMNO. bagi kita bangsa melayu hal ini adalah pertunjuk awal agar bangsa melayu dapat bersatu demi agama, bangsa dan negara yang tercinta ini. Bagi kita masyarakat melayu pergabungan ini lah yang di tungu-tungukan kerana apa bila bangsa kita bersatu maka perpaduan dapat dieratkan. Memetik apa yang di perkatakan oleh jurucakap MCA, Lee Wei Kiat bahawa "hak-hak orang bukan Melayu mungkin terpinggir."Oleh itu, MCA menentang sekeras-kerasnya sebarang cadangan dari PAS untuk menubuhkan kerajaan perpaduan dengan Umno," katanya dalam satu kenyataan. Bagi aku mereka ini tidak perlu risau kerana PAS dan UMNO pernah bersatu pada satu masa dahulu dan golongan bukan melayu tidak di anaktirikan oleh pemimpin melayu. Maka dengan ini mereka tidak perlu risau sepatutnya mereka gembira kerana didalam politik jurang diantara pembangkang dan pihak kerajaan dapat dikurangkan maka dengan ini pemerintahan kerajaan yang sedia ada dapat di lancarkan corak pemerintahan demi mewujudkan semangat 1malaysia......

0 luahan hati: