CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 11 Oktober 2009

SAMBUTAN 1 SISWA, 1 MALAYSIA DI USM



ASSALAMUALAIKUM....... SALAM 1 SISWA, 1 MALAYSIA......

Minggu ini USM telah menjadi tuan rumah untuk acara sambutan 1 SISWA, 1 MALAYSIA di mana universiti-universiti di utara telah berkampung di usm selama tiga hari untuk sama-sama menjayakan program ini. Di kesempatan yang ada saya tidak terkecuali untuk turut sama memberi tanda sokongan dalam program ini. Apa yang ingin saya kongsikan adalah di mana penglibatan seluruh warga kampus dalam program ini dimana penglibatan semua kaum telah menjayakan program yang julung kali diadakan ini. Dalam program ini bangsa melayu, cina, india dan lain-lain lagi termasuk pelajar dari luar negara telah sama-sama membantu melancarkan perjalanan program ini dan inilah yang dikatakan 1 Malaysia. Apa yang menarik dalam program ini adalah di mana pelajar perempuan luar negara telah berjaya menyayikan lagu yang pernah di dendangkan oleh Allahyarham Puan Seri Saloma dengan tajuk Bila Larut Malam sehingga memukau pengunjung yang datang. Apa yang dapat disimpulkan disini adalah USM telah berjaya menjayakan program ini sehingga menampakkan kongsep asal yang diilham kan oleh Datuk Seri Najib untuk dihayati oleh mahasiswa dan mahasiswi dalam acara sambutan 1 SISWA 1 MALAYSIA......... SEKIAN

0 luahan hati: