CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Ahad, 11 Oktober 2009

TAHNIAH TAN SRI MOHD ISA SAMAD




keputusan pilhan raya kecil Dun Bangan Pinang


ASSALAMUALAIKUM....... SALAM 1 SISWA 1 MALAYSIA

Keputusan dalam pilihan raya kecil di Dun Bangan Pinang hari ini telah menunjukkan perubahan besar terhadap dun tersebut dimana masyarakat di kawasan Bangan Pinang rata-rata telah menunjukkan sokongan padu terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional melalui pilihan raya hari ini. Apa yang ingin dinyatakan adalah bahawa "Gelombang Gagasan 1 Malaysia" telah menyerap didalam diri masyarakat Dun Bangan Pinang.

Dalam keputusan rasmi yang telah diumumkan sebentar tadi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan BN berjaya mengalahkan PAS dengan majoriti lebih besar, 5,435 undi.Calon BN Tan Sri Mohd Isa Samad mendapat 8,013 undi, sementara calon PAS Zulkefly Mohamad Omar pula meraih hanya 2,578 undi. Undi rosak pula 223 daripada keseluruhan 11,170 undi yang diperolehi hari ini.

Kebenangan itu junga sedikit sebanyak telah membuka mata masyarakat tentang apa yang dikatakan " mana satu intan dan mana satu permata ". Kerajaan Barisan Nasional telah menunjukkan kesungguhan didalam membela masyarakat dengan menyediakan pelbagai kemudahan untuk kesenangan rakyat tidak seperti pembangkang yang banyak menaburkan janji dan fitnah.

Semoga Gelombang Gagasan 1 malaysia ini terus meresap ke dalam diri masyarakat malaysia agar kita sama-sama menolak Pakatan Rakyat yang hanya pandai mencetuskan ketegangan dan apa yang selalu dilaungkan Demokrasi tidak pernah di hayati..........

sekian,
salam tahniah dari
1 siswa 1 malaysia

0 luahan hati: