CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Jumaat, 9 Oktober 2009

HARAPAN UNTUK BARISAN NASIONAL BERSATU DEMI 1 MALAYSIA

UMNO


ASSALAMUALAIKUM....... SALAM SATU MALAYSIA,

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran saya terhadap ilahi kerana berada didalam sebuah negara yang aman dan makmur iaitu Malaysia. Saya berasa berbangga kerana menjadi salah seorang warganya terutama dibawah pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional. Apa yang ingin saya berkongsi pada kali ini adalah berkaitan dengan harapan saya sebagai rakyat malaysia yang mendokong pemerintahan yang sedia ada dimana berharap agar Datuk Seri Najib dapat berusaha didalam meneguhkan lagi parti komponen Barisan Nasional dibawah beliau sepertimana digambarkan didalam gagasan 1 Malaysia.


Kalau kita amati kerisis politik selepas PRU-12 lepas banyak masalah yang timbul didalam parti komponen dimana kuasanya yang dibina sekian lama mula terhakis berikutan kebenangan banyak berpihak kepada Pakatan Rkyat, oleh itu pemimpin didalam Komponen saya amati telah melakukan banyak perubahan transformasi namun ada juga persengketaan yang wujud didalam memiliki kuasa didalam parti. Bagi saya kuasa yang ada adalah perkara no 2 perkara yang menjadi keutamaan adalah bagaimana mahu memikat kembali hati rakyat yang ada agar dapat menyokong pentadbiran Barisan Nasional? itu tajuk persoalan yang harus di trasformasikan bukannya perebutan atau persengketaan.


Namaun harapan saya yang seterusnya adalah agar selepas pada Perhimpunan Agong Khas UMNO yang bakal diadakan selasa depan dapat memikat hati masyarakat dengan perubahan yang diharapkan bersikap mesra rakyat memberi semangat baru atau suntikan baru kepada YB Datuk Seri Najib untuk memperkukuhkan Barisan Nasional ke arah mesra rakyat dan juga ke arah 1 Malaysia,





Selain daripada Perhimpunan Khas UMNO selasa depan, apa yang saya harapkan kerisis yang melanda MIC juga dapat diselesaikan dengan cara yang baik dimana tidak ada ketidakpuashatian mana-mana pihak. Sekiranya ada pihak yang tidak puas hati maka harapan rakyat untuk melihat Barisan Nasional bersatu dan kukuh hanya akan terkubur. Oleh itu AGM MCA yang bakal berlangsung esok akan membuat satu trasformasi yang baru didalam melahirkan ramai penyokon baru di dalam MCA itu sendiri.


Bagi saya harapan untuk MIC pula dengan pelancaran Parti Makkal Sakti yang akan dilancarkan oleh YB Datuk Seri Najib Sabtu ini akan memberi satu persaingat yang sihat didalam menambak hati masyarakat india ke dalam parti. Kewujudan parti baru ini dilihat sedikit sebanyak mampu menarik balik sokongan masyarakat india terhadap kerajaan setelah perpecahan berlaku dan masyarakat india dilihat banyak memberi sokongan kepada pihak pembangkang semasa PRU-12. Dengan adanya Makkal sakti ini, perpecahan yang berlaku didalam politik masyarakat india akan dapat diselesaikan dimana kita mahu seluruh masyarakat India memberi sokongan kepda kerajaan yang sedia ada di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional...........

SEKIAN

HARAPAN ANAK MALAYSIA.......

1 MALAYSIA.......

1 luahan hati:

IZZUDDIN berkata...

PRU-13 tak sampai lagi Abg Bob... hehe