CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sabtu, 13 Jun 2009

APAKAH AGENDA SETERUSNYA DATUK???



ASSALAMUALAIKUM...... SALAM SEMANGAT ZAMAN


Hari ini, berita yang boleh membanggakan PKR adalah dengan kemasukan Zahid Ibrahim kedalam parti itu. Mungkin bagi sesetengah, orang kemasukan Zahid ini adalah disebabkan beliau kecewa dengan UMNO, disebabkan itu beliau telah meninggalkan parti dan masuk ke dalam PKR. Sebelum kita cuba membuat andaian tentang Zahid, cuba kita lihat tentang bentuk tindakan disiplin yang telah di kenakan oleh UMNO terhadap Zahid pada satu ketika dahulu, berikutan masalah politik wang. Mengikut apa yang di petik didalam malaysiakini, Zaid berkata, "beliau menyertai PKR kerana yakin dengan parti pelbagai kaum itu yang mahu membela nasib rakyat". betul atau tidak dengan apa yang di perkatakan oleh Zahid kenapa beliau memasuki PKR. Bagi PKR mereka ini suka mengambil orang buangan di dalam UMNO untuk berkhidmat di dalam PKR, adakah PKR kekurangan orang yang boleh diharapkan. Selain daripada itu mengapa Zahid telah di berikan jawatan tinggi di dalam PKR? adakah Anuar telah membeli Zahid dengan jawatan yang tinggi di dalam PKR sekiranya Zahid menyertai parti itu dan apa pula yang bakal Zahid ceritakan tentang keburukan UMNO semasa beliau bersama parti itu????? MARILAH KITA SAMA-SAMA BERFIKIR

0 luahan hati: