CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Selasa, 16 Disember 2008

TERIMA KASIH KERAJAAN MALAYSIA..

Hari ini kita sebagai rakyat Malaysia perlu bersyukur sebab pihak kerajaan telah menurunkan lagi kadar minyak petrol dan diesel di pasaran. Penurunan harga petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter berkuat kuasa tengah malam ini. Kadar penurunan hari ini merupakan kali yang ketujuh sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran. Dalam penurunan harga kali ini harga bagi Petrol RON97 diturunkan daripada RM1.90 kepada RM1.80 seliter, manakala petrol RON92 dan diesel masing-masing daripada RM1.80 kepada RM1.70 sen seliter.Penurunan harga runcit petrol dan diesel sebanyak 10 sen seliter ini adalah sejajar dengan penurunan harga minyak mentah di pasaran.Bagi golongan nelayan pula mereka boleh menarik nafas lega apabila pihak kerajaan juga menurunkan lagi harga diesel dan petrol berkuat kuasa pada tarikh yang sama (tengah malam ini) bersubsidi bagi nelayan pula telah diturunkan sebanyak 13 sen seliter daripada RM1.43 kepada RM1.30 seliter seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini. Penurunan harga petrol dan diesel itu dibuat ketika harga minyak mentah di pasaran dunia hari ini berlegar pada kadar AS$47.35 (RM165.73) setong.
Harga minyak petrol dan diesel mengalami kenaikan tertinggi pada Jun lalu apabila kerajaan menaikkan harga runcit petrol kepada RM2.70 seliter dan diesel kepada RM2.58 seliter ketika harga minyak mentah dunia meningkat sekitar AS$125 setong.
Bagaimanapun dua bulan kemudian iaitu pada 23 Ogos, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen menjadikannya RM2.55 seliter.

0 luahan hati: