CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Rabu, 3 Disember 2008

Memperkasakan Belia Felda



Baru-baru ini pihak felda telah menganjurkan satu Majlis Anugerah Belia Felda Malaysia (ABFM) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Tujuan majlis itu diadakan adalah untuk menghargai penglibatan persatuan belia felda yang aktif dalam pelbagai aktiviti. Pada majlis itu seramai 2,500 belia dari 317 tanah rancangan telah hadir pada majlis tersebut.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak. Timbalan Perdana Menteri adalah menteri yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga felda. Apa yang paling bermakna didalam majlis ini adalah pengumuman Timbalan Perdana Menteri mengenai peruntukan yang disalurkan oleh felda didalam membagunkan belia felda, untuk itu pada masa ini felda telah melatih belia-belia tanah rancangan itu didalam bidang latihan penyeleggaraan pesawat di Pusat Latihan Kejuruteraan Penerbangan Malaysia (METC). Tujuan utama latihan ini adalah demi melahirkan belia felda yang mampu membaiki pesawat-pesawat MAS termasuk Pesawat Airbus 380. Usaha ini telah dapat membuktikan bahawa beli felda boleh berjaya dalam semua lapangan sehingga ke peringkat antarabangsa.
Bagi meneruskan agenda pembagunan belia, Timbalan Perdana Menteri megumumkan peruntukan lebih RM 128 juta pada tahun 2009 bagi memperkasakan golongan belia felda membabitkan pelbagai program.
Peruntukan terbesar adalah bagi projek perumahan di bawah Skim Perumahan Felda berjumlah RM63 juta di Felda Pasak, Johor, Jengka 11 dan Teriang 3 di Pahang. Selain itu peruntukan sebanyak RM35 juta adalah bagi meneruskan latihan kemahiran pada tahun hadapan kepada 5000 orang belia felda diantaranya adalah untuk mendaptkan sijil kemahiran Malaysia di beberapa institusi kemahiran. Peruntukan lain adalah sebanyak RM17 juta iaitu untuk membiayai belia-belia yang cemerlang yang sedang mengikuti pengajian di universiti di dalam ataupun diluar negara. Peruntukan RM 540,000 pula adalah bagi program-program belia seperti kursus imam muda, kem bina remaja dan banyak lagi.
Dengan keperihatinan pihak kerajaan didalam membantu meningkatkan kualiti belia felda telah menunjukkan tahap perkembangan yang begitu mengagumkan dengan lahirnya banyak usahawan-usahawan atau belia yang berjaya didalam pelbagai aspek bidang yang di ceburi................ TERIMA KASIH KERAJAAN DAN TERIMA KASIH FELDA.....



0 luahan hati: